Cintahati #1

Aku menangis dalam solat aku haritu. Basah tikar sejadah. Dan aku duduk lama, tenggelam dalam munajatku merintih. Air mata seakan tidak mahu berhenti. Ia malah merasakan ia perlu mengalir untuk menenangkan tuannya.

Aku sedih, terlalu. Tercungap-cungap aku merayu kasih tuhanku. Aku dah tak hiraukan orang sekeliling aku.

“Islah, awak okay tak?” tiba-tiba aku merasakan bahuku disentuh lembut. Aku membuka mataku, menoleh.

“Insyaallah okay” aku cuba untuk ikhlas tersenyum, namun ukiran bibirku tidak mampu panjang. Mungkin aku terlalu letih. Wajahku cuba berbicara ”usah risau sahabatku, aku akan tabah”

Kemudian aku memejamkan mataku. Namun aku tahu, dia masih di situ, setia menemaniku. Aku menoleh kearahnya kembali.

Matanya merah, butir mutiara jernih memenuhi anak matanya.

“Awak pulak yang nangis, kita okay, jangan risau” aku mencuba ketawa menenangkan dirinya. Dia pun ikut ketawa kecil.

“Awak kena kuat tau Islah”

“Insyaallah”

Aku kini lebih yakin, bahawa air mata mungkin bukti keikhlasan yang tak mungkin bisa dipersoal. Aku yakin sahabatku, meski kita punya waktu-waktu yang jauh, dalaman kita sentiasa menyintai dan merindui. Kita mungkin tiada bersama ketika gembira, namun kita tahu kita pasti menjadi tempat bersandar bila kita jatuh.

Buat amirah, jazakillahu khairan katsiraa. Dalam doaku, pasti ada kamu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: