Takkan Menyerah

“Sya, kau free tak sekarang?”

“Untuk kau bila je yang aku tak free?”

“I need you”

“I’m all ears”

“Benda ni kau dah dengar banyak kali dah. But it’s so disturbing. I don’t know how to stop fikir. Aku rasa life aku bosan, kosong. Semua benda yang aku sayang, yang aku nak sangat-sangat, semuanya Allah tahan.

Semua yang aku buat tak kena. Yang aku decide semua turned out tak betul. I feel like giving up”

“Apa definisi give up kau?”

“I wanna go far, from anyone. Aku nak hilang dari semua orang”

“Jauh mana?”

“Hmm”

“Kiranya kau dah ada cukup kelengkapan untuk tunaikan give up kau?

“Tak pun”

“Jadi sebenarnya kau tak pernah prepare kan diri kau untuk give up pun, kan? Subconsciously your body tengah struggle to fight for your survival”

“Aku penat sangat, untuk tempuh perasaan ni”

“Dina,”

“Ya”

“Dunia mmg begini sifatnya. Kita akan merasa tak sempurna kerana yang sempurna itu sifatnya syurga.

Allah memang sengaja mncipta dunia yang bercampung dan bercela, supaya kita sentiasa merindui kampung abadi kita, iaitu syurga”

“Sya, kau buat aku nangis”

“Andai itu sahaja penawarnya”

“Mungkin aku ni yang asyik kurang sabar, kurang tabah nak terima perancangan Allah kat aku”

“Kita semua pasti akan ada masa-masa merasa bosan dengan ujian yang sama yang menimpa kita, yang kadang membuat mujahadah tak terasa manis, malah sangat menyesakkan dada.

Itu normal sayang. Carilah hati kau balik, untuk berpaut dan bertahan. Setiap seorang kita ni bawah jagaan Allah tau, pembangun langit dan bumi. Takkan ada yang lebih mampu mengatur yang terbaik untuk kita selain Dia.  ”

………………….

“Aku rasa tenang sangat”

“Dia tengah tunggu kau tu. Dia akan hadiahkan lebih banyak sakinah untuk kau, rebut tau”

“Jazakillahukhair, aku tak tahu apa nak buat kalau takde kau”

“Aku sayang kau, tau!”

One thought on “Takkan Menyerah

  1. anoisybrainblog says:

    Hai awak. Kenapa dah lama awak tak menulis? 😀

Leave a comment