Author Archives: ummiakhyar

Tuhan tahu

“Islah, saya pernah lah dengar orang cakap, usia-usia kita ni kalau boleh jangan tolak orang. Lagi-lagi kalau yang datang tu insyaallah soleh. Sebab takut lepastu dah tak dapat peluang macam tu”

Islah mencuba untuk senyum. Islah kagum malah cukup menghargai berani tiap satunya, namun pasti yang lebih baik aturan buat mereka.

Islah takkan mampu menipu hatinya.

Bisik suara kecil itu, ‘Biarlah, Tuhan pasti tahu’.

d2ea2dfc-e9ec-4f88-87b0-1a9f180d09b8

Dating #1

“Awak, saya ada hadiah untuk awak. Saya dah tak ingat content buku ni sebenarnya tapi saya masih ingat perasaan ketika membacanya. Saya sangat suka how it shape my fikrah and emotion. Habis je baca, wajah awak terbayang dalam minda saya. Dah lama dah nak bagi sebenarnya. Nah :)”

“Awak memang selalu fikir pasal orang lain eh? Awak pernah tak fikir pasal diri awak sendiri? Sebab saya selalu dengar awak asyik cakap pasal akhawat, pasal adik-adik, pasal DnT. Macam mana awak boleh fikir pasal semua tu je eh sepanjang masa? ”

” Mana adalah, merepek je awak ni ”

………………..

Kerna tarbiyah mendidiknya sebegitu.

Cintahati #1

Aku menangis dalam solat aku haritu. Basah tikar sejadah. Dan aku duduk lama, tenggelam dalam munajatku merintih. Air mata seakan tidak mahu berhenti. Ia malah merasakan ia perlu mengalir untuk menenangkan tuannya.

Aku sedih, terlalu. Tercungap-cungap aku merayu kasih tuhanku. Aku dah tak hiraukan orang sekeliling aku.

“Islah, awak okay tak?” tiba-tiba aku merasakan bahuku disentuh lembut. Aku membuka mataku, menoleh.

“Insyaallah okay” aku cuba untuk ikhlas tersenyum, namun ukiran bibirku tidak mampu panjang. Mungkin aku terlalu letih. Wajahku cuba berbicara ”usah risau sahabatku, aku akan tabah”

Kemudian aku memejamkan mataku. Namun aku tahu, dia masih di situ, setia menemaniku. Aku menoleh kearahnya kembali.

Matanya merah, butir mutiara jernih memenuhi anak matanya.

“Awak pulak yang nangis, kita okay, jangan risau” aku mencuba ketawa menenangkan dirinya. Dia pun ikut ketawa kecil.

“Awak kena kuat tau Islah”

“Insyaallah”

Aku kini lebih yakin, bahawa air mata mungkin bukti keikhlasan yang tak mungkin bisa dipersoal. Aku yakin sahabatku, meski kita punya waktu-waktu yang jauh, dalaman kita sentiasa menyintai dan merindui. Kita mungkin tiada bersama ketika gembira, namun kita tahu kita pasti menjadi tempat bersandar bila kita jatuh.

Buat amirah, jazakillahu khairan katsiraa. Dalam doaku, pasti ada kamu.

Manjanitis #1

“Akak you want to know something?

I was reading some Schizophrenia notes in my laptop at the moment.

“Sure, why not” I turned myself facing her.

“I think I’ve completely known you a different person before. You’re just, too different now”

I replied nothing. I smiled and looked deep into her eyes.

“Why with that look? You’re scaring me akak”

I laughed, just to shadow the awkward moment.

“How different it is?” I’m not that anxious, of course I already have the answer.

“Hmm. I still remember when you were my naqibah in my early years in tarbiyah, you’re so nice and innocent. I can’t recall any moment of you being strict to us. Seriously I’m in shock to see you portraying it lately.”

My smile grows, indecipherably.

Feel

“Serius la awak? “ Baihah menjerit kecil.

Islah sekadar tersengih.

“Awak nak burn lima tahun awak belajar penat-penat macamtu je?” tona suara Baihah makin meninggi. High pitch bunyinya, sakit jugaklah telinga Islah, tapi still, comel.

“Penat ke?” Islah mencuba berseloroh mengusik.

“Awakkkkk”

“Ni plan je baru awak, plan-plan saya kan selalunya tak menjadi”

Dan ketawa mereka berdua bergema sebelum suasana kembali sepi.

“Kenapa? Awak menyesal?” cubaan Baihah untuk dive in.

Islah tak terus menjawab. Sebab dia tahu bila mulutnya terlalu laju tanpa sempat akal dan hatinya proses, dia pasti akan tak tidur malam berfikir segala macam consequence yang mungkin terjadi dari kata-katanya. Kompleks.

“Hmm, saya tak rasa menyesal tu perkataan yang tepat”

“Then what?”

“I just don’t feel to become one”

“Okay now I understand” Baihah mulai tenang. Dia faham benar sahabatnya yang seorang ni. Seorang yang cukup dengan feel untuk jadi the strongest reason for everything.

Islah menarik nafas lega. Walau dah hampir bertahun mereka berdua tak contact, Baihah masih kenal dan faham diri Islah, yang diakui sedikit aneh.

“So apa exact plan awak? Soon after grad ke? Tanak kerja dulu?”

“Tu tak realiti beb, kita planning ni walaupun macam jaw drop tapi kena logic ah kan?”
tergelak Islah dengan ke-innocent-an Baihah.

“Ahaa, okay so far jawapan awak melegakan. So exact plan?”

“Baca ni” Islah menghantar sebuah gambar screenshot melalui Whatsapp. Untung betul hidup zaman teknologi, Malaysia-Ireland pun boleh terhubung in split second.

[I am a teacher. I choose to become a teacher because I have faith in better future by helping my children (students) think wisely and make the right choice in their life]

“Ustaz Hasrizal again. You ni overly inspired by him kan?” Ada ketawa halus kedengaran di akhir pertanyaannya.

“Lol. Everyone does right? Cewah konfiden”

“So Islah, why teacher? You can be a lecturer instead pun kan”

“Nope. I’m specifically targeting a secondary boarding school. Again i’m so annoyingly over confident kan?”

Ketawa mereka bergema lagi. Kali ini lebih kuat. Nasib baik roommate Islah takda kat bilik.

“Hmmm, teacher-secondary school. I think I can guess the relationship now,but I still need a little more explanation”.

“Awak tahu kan history saya kat sekolah dulu” nada suara Islah sedikit merendah dan lemah.

Lesu

aku tak tahu sampai bila lagi aku boleh bertahan.
I shouldn’t be here. I don’t belong here.
aku penat, sangat.

Orang kata be patient, and keep going.

cuma, aku nak pergi mana?
langkah aku longlai dan tak berdaya.
senyum aku makin dibuat-buat.

but, its okay, aku pandai berlakon.