Category Archives: Uncategorized

Just Keep Swimming

“Dah berapa lama tak menghafal?” lembut lantunan suara naqibahku di tengah keriuhan suara kami yang lambat-lambat mengulang ayat hafazan.

“Bayangkan andai tiada usrah, adakah kita akan push diri kita sebegini? Jangan kata hafalan, lihat saja hubungan kita dengan Quran, nak ambil dan baca pun sampai kena paksakan diri, kan?” laju kami mengangguk setuju sambil tersenyum sipu.

Banyaknya ingatan-ingatan tentang ibadah dan amal soleh membuatkan aku tertunduk malu. Allah, mudahnya hambaMu ini melupakan janji-janji taat setia, yang satu ketika dahulu telah aku ikrarkan. Aku masih ingat perasaan kehambaan yang pernah aku miliki, di saat aku benar-benar butuhkan bantuan Sang Pemilik Segala Sesuatu. Air mata yang laju menitis dalam setiap doa dan solat tersangat aku rindukan. Aku rasa waktu tu macam agak yakin sikit kalau Allah nak tarik nyawa, berbanding dengan keadaan aku sekarang huhu. Faghfirlana ya Allah.

“ Saya kat office tu bila tengok jam eh tiba-tiba dah pukul 3 saya tak solat Zuhur lagi, saya sedih sangat sangat, susah sangat nak dapat solat awal waktu “, kak Ati meluahkan rasanya. Diikuti dengan luahan ukhti yang lain dan akhirnya kesemua ahli usrah membuka mulut menceritakan kekesalan masing-masing akan tanggungjawab ‘abid yang dirasakan tidak dapat dipenuhi dengan sempurna.

Dan, entah kenapa, aku merasa begitu hidup saat itu. Walaupun ianya bukanlah perbincangan yang berat seperti di zaman study, yang isunya sarat berlegar dengan tanggungjawab da’wah, perkembangan mad’u, perancangan timeline yang memuatkan segala wasilah dan muwasofat tarbiyah, inilah apa yang aku perlukan saat ini. Tarbiyah dzatiyah’s empowerment. Ukhti-ukhti ini yang baru mula bekerja dan berkeluarga, inilah mujahadah yang harus didepani sesuai dengan fasa kehidupan mereka saat ini, fasa kelam kabut I’d say hehe.

Jika dahulu, ada antara kita yang bisa (subconsciously) membanding-banding ‘kebasahan’ seorang naqibah, akan hadir insyaallah suatu ketika yang mana kesempatan memiliki seorang pun, tidak kira lah bagaimana pun orangnya, sudah merupakan anugerah yang tak ternilai harganya. Melihat kan pada seseorang yang begitu ikhlas memimpin dan membina individu muslim, biarpun hanya sekali seminggu, sudah mampu mencairkan hati dan membuat kita terharu. Kita akan merasai saat dimana duduk-duduk bersama akhawat ini biarpun hanya makan-makan atau menceritakan kisah kehidupan seharian, mampu memberi makna yang sangat istimewa. Kerna kita tahu, setiap seorang insan yang hadir ke halaqah, tidak lain kerna bertujuankan redha Allah semata-mata. Kelelahan memiliki anak kecil yang butuh perhatian dan penjagaan yang khusus dan rapi tidak mematahkan semangat mereka untuk turut serta membangun diri menjadi insan yang lebih baik.

Subhanallah, inspired sangat dan moga kesaksian ini mampu menjadi penguat diriku di masa hadapan.

Advertisements

Takkan Menyerah

“Sya, kau free tak sekarang?”

“Untuk kau bila je yang aku tak free?”

“I need you”

“I’m all ears”

“Benda ni kau dah dengar banyak kali dah. But it’s so disturbing. I don’t know how to stop fikir. Aku rasa life aku bosan, kosong. Semua benda yang aku sayang, yang aku nak sangat-sangat, semuanya Allah tahan.

Semua yang aku buat tak kena. Yang aku decide semua turned out tak betul. I feel like giving up”

“Apa definisi give up kau?”

“I wanna go far, from anyone. Aku nak hilang dari semua orang”

“Jauh mana?”

“Hmm”

“Kiranya kau dah ada cukup kelengkapan untuk tunaikan give up kau?

“Tak pun”

“Jadi sebenarnya kau tak pernah prepare kan diri kau untuk give up pun, kan? Subconsciously your body tengah struggle to fight for your survival”

“Aku penat sangat, untuk tempuh perasaan ni”

“Dina,”

“Ya”

“Dunia mmg begini sifatnya. Kita akan merasa tak sempurna kerana yang sempurna itu sifatnya syurga.

Allah memang sengaja mncipta dunia yang bercampung dan bercela, supaya kita sentiasa merindui kampung abadi kita, iaitu syurga”

“Sya, kau buat aku nangis”

“Andai itu sahaja penawarnya”

“Mungkin aku ni yang asyik kurang sabar, kurang tabah nak terima perancangan Allah kat aku”

“Kita semua pasti akan ada masa-masa merasa bosan dengan ujian yang sama yang menimpa kita, yang kadang membuat mujahadah tak terasa manis, malah sangat menyesakkan dada.

Itu normal sayang. Carilah hati kau balik, untuk berpaut dan bertahan. Setiap seorang kita ni bawah jagaan Allah tau, pembangun langit dan bumi. Takkan ada yang lebih mampu mengatur yang terbaik untuk kita selain Dia.  ”

………………….

“Aku rasa tenang sangat”

“Dia tengah tunggu kau tu. Dia akan hadiahkan lebih banyak sakinah untuk kau, rebut tau”

“Jazakillahukhair, aku tak tahu apa nak buat kalau takde kau”

“Aku sayang kau, tau!”

awak tak faham

“ Awak okay tak? Rasa macam dah lama tak curhat “

“ Entahlah awak. Kita stress, tak expect pun nak nangis dalam usrah tadi. Kita tak tahu macam mana nak describe perasaan kita sekarang “

“ Faham “

“ Tak, awak tak faham “

“ Kita mungkin tak faham apa yang sedang awak alami, tapi kita faham perasaan tak mampu nak describe tu “

“ Ohh “

“ Perempuan memang macam tu kan? Kita takkan mampu nak faham diri sendiri “

“ Betul. Hmm “

“ Cuma, awak jangan putus asa ya? Jangan push diri awak sangat, take everything slowly. Kita semua ada our own pace kan? Biarlah orang, asalkan awak mampu jadi diri awak. “

“ Insyaallah awak. Mungkin sebab dulu kita main-main sangat dalam DnT ni. And sekarang bila dah tiba waktu kita serius, ditekan dengan final year pulak “

“ Takpe insyaallah awak boleh buat, kita sentiasa percaya dengan awak. I’m always here for you, tau “

“ Tahu hehe “

p/s : Ukhti (you know who you are), you are so much stronger than you think, and it is beautiful, love you!

Tuhan tahu

“Islah, saya pernah lah dengar orang cakap, usia-usia kita ni kalau boleh jangan tolak orang. Lagi-lagi kalau yang datang tu insyaallah soleh. Sebab takut lepastu dah tak dapat peluang macam tu”

Islah mencuba untuk senyum. Islah kagum malah cukup menghargai berani tiap satunya, namun pasti yang lebih baik aturan buat mereka.

Islah takkan mampu menipu hatinya.

Bisik suara kecil itu, ‘Biarlah, Tuhan pasti tahu’.

d2ea2dfc-e9ec-4f88-87b0-1a9f180d09b8

Dating #1

“Awak, saya ada hadiah untuk awak. Saya dah tak ingat content buku ni sebenarnya tapi saya masih ingat perasaan ketika membacanya. Saya sangat suka how it shape my fikrah and emotion. Habis je baca, wajah awak terbayang dalam minda saya. Dah lama dah nak bagi sebenarnya. Nah :)”

“Awak memang selalu fikir pasal orang lain eh? Awak pernah tak fikir pasal diri awak sendiri? Sebab saya selalu dengar awak asyik cakap pasal akhawat, pasal adik-adik, pasal DnT. Macam mana awak boleh fikir pasal semua tu je eh sepanjang masa? ”

” Mana adalah, merepek je awak ni ”

………………..

Kerna tarbiyah mendidiknya sebegitu.

Cintahati #1

Aku menangis dalam solat aku haritu. Basah tikar sejadah. Dan aku duduk lama, tenggelam dalam munajatku merintih. Air mata seakan tidak mahu berhenti. Ia malah merasakan ia perlu mengalir untuk menenangkan tuannya.

Aku sedih, terlalu. Tercungap-cungap aku merayu kasih tuhanku. Aku dah tak hiraukan orang sekeliling aku.

“Islah, awak okay tak?” tiba-tiba aku merasakan bahuku disentuh lembut. Aku membuka mataku, menoleh.

“Insyaallah okay” aku cuba untuk ikhlas tersenyum, namun ukiran bibirku tidak mampu panjang. Mungkin aku terlalu letih. Wajahku cuba berbicara ”usah risau sahabatku, aku akan tabah”

Kemudian aku memejamkan mataku. Namun aku tahu, dia masih di situ, setia menemaniku. Aku menoleh kearahnya kembali.

Matanya merah, butir mutiara jernih memenuhi anak matanya.

“Awak pulak yang nangis, kita okay, jangan risau” aku mencuba ketawa menenangkan dirinya. Dia pun ikut ketawa kecil.

“Awak kena kuat tau Islah”

“Insyaallah”

Aku kini lebih yakin, bahawa air mata mungkin bukti keikhlasan yang tak mungkin bisa dipersoal. Aku yakin sahabatku, meski kita punya waktu-waktu yang jauh, dalaman kita sentiasa menyintai dan merindui. Kita mungkin tiada bersama ketika gembira, namun kita tahu kita pasti menjadi tempat bersandar bila kita jatuh.

Buat amirah, jazakillahu khairan katsiraa. Dalam doaku, pasti ada kamu.

Manjanitis #1

“Akak you want to know something?

I was reading some Schizophrenia notes in my laptop at the moment.

“Sure, why not” I turned myself facing her.

“I think I’ve completely known you a different person before. You’re just, too different now”

I replied nothing. I smiled and looked deep into her eyes.

“Why with that look? You’re scaring me akak”

I laughed, just to shadow the awkward moment.

“How different it is?” I’m not that anxious, of course I already have the answer.

“Hmm. I still remember when you were my naqibah in my early years in tarbiyah, you’re so nice and innocent. I can’t recall any moment of you being strict to us. Seriously I’m in shock to see you portraying it lately.”

My smile grows, indecipherably.