Lesu

aku tak tahu sampai bila lagi aku boleh bertahan.
I shouldn’t be here. I don’t belong here.
aku penat, sangat.

Orang kata be patient, and keep going.

cuma, aku nak pergi mana?
langkah aku longlai dan tak berdaya.
senyum aku makin dibuat-buat.

but, its okay, aku pandai berlakon.

Makcik, why?

This few days, i have joints and muscles pain all over my body luckily with no fever thank God. Till i need to apply muscular balm to relieve it before tidur. There’re dengue and leptospirosis lingering in my mind haha. Inilah struggle nya being a medical student, you’ll tend to diagnose yourself with the worst case scenario, which will memberatkan kepala dan emosi. I hope there’s nothing serious, yeah of course most of the time memang exaggerate men-diagnose. Just woke up from my sleep since maghrib tadi by a call from my adik yang nakkan my tafseer notes, then just about to continue my sleep, few seconds after, received a second call from my other adik nak tanya tentang how to arrange her history taking sequence (her first week in clinical posting). I guess Allah memang nak suruh bangun tidur, wide awake now. Okay detail nya cerita kan, okey takpe.

Currently, I’m in my third weeks of research posting. For graduating purposes, here in my medical school, we must produce three research papers through out our five years degree. I don’t find it burdens me alhamdulillah as I always love doing it! Okay so we have selected a topic on Knowledge, Attitude and Practice on Leptospirosis (layman term is kencing tikus) among town service workers in Ipoh. They consist of garbage collector, drainage cleaner, sweeper and grass cutter sebab diorang ni high risk group untuk ter expose dengan kencing tikus literally. Okey iya tahu tajuk macam nampak bosan kan takdelah unik mana choyyy tapi reason of selecting it sebab kita nak present dalam international conference on tropical diseases by the end of this month, doakanlah dimudahkan, we need approximately 240 respondents to match with 95% confident interval, almost completing it so far. Its been a really tiring weeks huhu as we need to travel to 20 zones in Ipoh to reach the workers. Travel tu tidaklah penat cuma sebab method nya interview with just two of us, quite challenging juga (lagi lagi nak memahamkan Indians huhu).

All the workers and penyelia sangat cooperate dan baik waaa best sangat and we get free drinks too each time (and kitorang takde bajet nak prepare free gift pun huhu). Suddenly today, something happened yang buat aku terganggu sikit.

————————————————————-

(sambungan selepas 4 bulan, dah tak berapa ingat the real intention of writing this)

Ada seorang makcik tiba-tiba masuk marah-marah. Dan terus duduk depan aku dengan muka yang annoying-nya-budak-ni. Kecut perut weh. I don’t even dare to face her. After about minutes of awkwardness, she suddenly ” ha cepatlah nak tanya apa?!”

Adoi rasa nak meletup jantung. Dengan suara yang paling halus dan sopan dan senyuman yang ikhlas, aku balas, “eh em, makcik sebenarnya kalau makcik ada hal takpe je tau, kami tunggu orang lain”.

Dan, minutes of awkwardness bersambung lagi.

“Makcik ni bukannya nak marah kat kamu orang ni. Minta maaf lah kalau terasa. Makcik marah kat penyelia tu, depan kamu bukan main baik, tapi kalau dengan pekerja, layan macam tahi. Tak fikir langsung yang kami ni manusia juga, penat kalau bekerja tak berhenti, tapi dia paksa jugak kami bekerja.Dasar keling betul, kalau dengan pekerja india dia layan baik je.

And the list goes on. Sesi temuduga pun bertukar menjadi sesi kaunseling.

————————————————————-

I can’t tolerate negativity. Aku rasa loya, pening, nak muntah sepanjang aku dengar cerita makcik tu. Aku bukannya tulis sebab nak pertahankan makcik tu ke atau sebab kesian dengan nasib orang Melayu ke apa.

Kena ada ruh

Menulis ni kan, dia bukan satu hobi yang kita boleh buat dengan subconcious mind even kita dah very used to it. It needs a full cooperation from your mind and soul. The same idea, bila kita bercakap without connect kan both elements, kita akan rasa ‘sampah’ nya, rasa ‘meluat’ dengan diri sendiri, etc. Because kita akan tanpa sengaja terpotray sesuatu yang bukan kita. It does not come from our own thoughts. I have always stuck in this problem, bila subconsciously tercakap, just for the sake of habiskan ayat yang tergantung, sebab the real words that I want, once in a blue moon je will come at the exact time I need it. And the most important reason of why I hate it so much, of course sebab words tu akan jadi biasa-biasa je, hambar, bosan, sekadar ilmu, dan tak mampu memberi sentuhan to the soul. Consequencenya, ia takkan mampu menggerakkan individu. It doesn’t matter ‘gerakan’ tu dari sudut amal ke, lisan ke, atau sekadar jentikan iman. At least, it must give something.

[Okay please bear in mind situasi disini kebanyakannya adalah sesi D&T]

Back to the point, sama lah seperti menulis. Dan bagi saya, menulis tanpa meninggalkan ibrah walaupun secebis, itu adalah ciri-ciri penulisan yang tanpa soul, even sekecil-kecil event yang kita share dekat instagram. Walau sesimple ‘moga-moga’ di hujung ayat pun sudah cukup untuk memberi nilai pada penulisan.

If I can bring one closest example yang seakan nya remeh, tapi masih ada ruang pembaikan yang boleh kita usahakan, iaitu suasana social media. Adalah satu bentuk panorama yang menyedihkan (?) melihat ikhwah akhawat meng-update social media dengan gambaran keduniaan semata-mata. Belum tambah dengan post-post penantian jodoh yang tak kunjung tiba. Bukankah kita ini telah ditrain agar melihat dunia dengan kacamata tarbiyah? Satu kepelikan yang kabir, kerna seolah nya dunia D&T dan dunia yang ‘dunia’ ni seakan-akan boleh dipisahkan.

[Well, penggunaan ‘bagi saya’ ni memanglah satu usaha untuk menyelamatkan diri supaya tidak keterlihatan terlalu generalize, tapi it kind of men-tawarkan ayat]

Ikhwah akhawat yang benar-benar faham dan memang berkehendak (bukan hanya menerima) akan segala pertanggungjawaban dalam jalan D&T ini pastinya akan memastikan penulisan dan kata-katanya bernilai dan boleh dimanfaatkan. Apalah ertinya mencoret sesuatu berminit-minit yang akhirnya sia-sia pada pandangan Tuhan, sedangkan kita semahunya mendambakan redha Dia pada amal kita pada setiap saat. Macam tak kena, kan?

I still remember my friend Diyana Nas Sheffield once told me, kita ini yang katanya (kononnya) pendokong da’wah, kena appear different daripada orang lain. Jangan terperangkap dalam alasan nak adapt dengan mereka supaya mereka senang dengan kita hingga kita keternampakan serupa. Tiada apa langsung yang dapat membezakan kita dan mereka. Kita ini muslim berprinsip, atau mungkin kita yang belum jelas dengan prinsip Islam yang kita banggakan selama ni (?)

Jadi, boleh kata entry kali ini tentang penulisan. Sebenarnya, walaupun ramai antara kita yang merasa tak pandai menulis, well so do I, ianya takboleh dijadikan alasan untuk tak mahu menulis. Kerna inilah antara medium yang muntij untuk kita menguji kejelasan fikrah yang kita miliki. Kalau kita masih belum berjaya menzahirkan fikrah melalui tulisan atau kata-kata, dan ianya hanya menjadi teori yang didiamkan, yang hanya dibiarkan terngiang-ngiang, I believe itu adalah keadaan yang patut dirisaukan.

Andai benar kita ini yakin dengan kesyumulan Islam, kita seharusnya sedar dan celik untuk mengislamkan setiap apa pun yang kita zahirkan. Tak dinafikan memang tersangat payah, sebab kadang rasa fake dengan diri sendiri sebab kita lebih kenal diri kita yang sebelumnya. Ketahuilah rasa fake itulah yang sebenarnya diri yang asli, yang mengikut fitrah kejadian manusia, dan diri kita yang terperangkap dengan jahiliyah dululah yang kita telah fake kan dari fitrah kita. Jadi kita ini sekadar sedang kembali kepada fitrah, bukan menyamar menjadi someone different pun, what’s the big deal then, kan? Ke macam complicated pulak eh.

Dan tak lupa ada yang bertanya memang pattern blog ni updatenya 5 bulan sekali ke. Jawapan tak jujurnya sedang posting yang sangat penat dan busy dan tak jumpa masa yang sesuai dan laptop rosak. Jawapan jujurnya semua tu boleh jadi hanya alasan yang sengaja dibina.

Cela

Aku akui, aku hanya seorang insan yang lemah, yang terlalu banyak masa futurnya, yang mudah kecundang bila seorang, yang mujahadah terbesarnya adalah membaca; sebarang pun bahan bacaan, baca sikit ngantuk baca sikit bosan, yang tidak pandai itu dan ini. Ya, pendek kata aku memang hanya manusia biasa yang ibarat kalau baju kurung bermanik tu, kain baju kurung tu umpama kelemahanku dan manik tu umpama kelebihanku. Terlalu sedikit, dan mungkin sudah cukup untuk menjadi alasan aku tak layak menjadi daie.

Namun aku percaya, meski aku bukan sesiapa di mata manusia, aku tetap dicipta dengan satu tujuan yang hakiki, yang tergalas pada bahu setiap insan sejak di alam ruh lagi. Makanya, dengan kelebihanku yang sedikit itulah, aku berusaha meyakinkan diriku sendiri yang aku mampu bangkit dan berbuat sesuatu agar hari-hari aku di alam yang satu lagi ianya akan nanti indah dan tidak diselubung sesalan tanpa henti.

Iya, kalau aku hanya ingin mengikuti bisikan-bisikan yang hadir dengan kerasnya mengatakan aku tidak punya itu dan ini untuk terus berjuang, boleh saja aku terus duduk, diam dan mengikuti sebahagian besar manusia yang tidak pasti mahu mengejar apa atas dunia ini. Jangan tak percaya, aku pernah punya fikiran sebegitu, namun hanya boleh bertahan dua saat je.

Setiap orang, ikhwah atau akhawat yang jelas mahu menyerahkan dirinya pada agama ini pasti punya sisi mujahadahnya tersendiri. Meskipun kadang kita melihat mudahnya dia berbuat da’wah kerna kelebihan-kelebihan dirinya, ketahuilah banyak lagi ruang lemah dan mujahadahnya yang tidak dipamernya pada kita. Ketahuilah terlalu banyak tangisan-tangisan penuh pengharapannya pada Allah agar dirinya berani dan kuat. Perjalanannya untuk sampai ke tahap mereka sekarang bukanlah semudah yang kita tafsirkan.

Aku, kau dan dia, semuanya punya masa-masa pahit namun kita takkan berputus asa kerna kita sudah berjanji pada Tuhan kita yang kita mahu bertemu Dia dalam keadaan dia benar-benar redha pada kita, bukan?

Okey so point aku dalam post kalini adalah nak emphasize kan yang aku tersangat-sangat tak sempurna tapi dalam ketidaksempurnaan aku tu, aku taknak jadi manusia lembik yang tak berkualiti dan cuma menjadi lebihan atas dunia ni.

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Baru-baru ni, saya dan beberapa orang kawan telah terpilih untuk mewakili university to present our research project in National Medical Conference anjuran IMU (International Medical University). Project kitorang biasa-biasa je, KAP study aje (Knowledge Attitude and Practice, just buat questionnaire and analyze the result) sebab itu project masa second year so memang tak terexpose dengan clinical thingy lagi. Rupa-rupanya kitorang je student 3rd year, yang lain semua final year haha. So memang tak expect untuk kemenangan apa-apa lah since most of them present clinical topic.

Yang pasti saya sangat-sangat bersyukur untuk attend this conference because I think I have a strong interest in research, a future physician researcher maybe? Allah knows best insyaallah. It was so strange when I can really focus on all the talks without any single accidental sleep haha.

To my surprise, we met Assoc Prof Dr Zainur Rashid aka Dr Zain! Bukannya terkejut sebab macam jumpa artis ke apa, tapi tak sangka dia Dean IMU ni, yang ratio malay to non malay adalah lebih kurang 1:10. Dr pernah bagi talk pasal Palestine kat kolej masa 1st year dulu, tu yang boleh kenal tu, kalau tak mungkin tak berapa kenal la kot sebab dia jamaah lain ehehe, tapi Dr memang famous pun 😉

I don’t know lah why tapi kami macam ter isolate sikit, mungkin sebab appearance kami semua nampak macam budak UIA atau USIM haha. None of their students approach us, the outsiders, maybe tak biasa jumpa Melayu kot. Tapi yang menariknya, Dr Zain ni dia personally datang approach us, tanya about our journey getting here and even take a look at our research report. Isn’t it amazing and weird for a medical school’s dean to build a personal rapport with some outsiders? Waaaa I’m so touched sebab dia sangat humble, caring and sangat suka look straight into our eyes and senyum dengan ikhlas.

On the last session of the last day, he delivered a talk, supposedly to be entitled Future Doctors, but he renamed it as Highway to Heaven, dari tajuk pun dah terselit da’wahnya. Despite all of the discussion on how the future doctors in Malaysia, dr ada jugak selit his experiences. One of them is masa dr still MO, dia tak pernah scold HO, even though that particular HO yang sepatutnya assist dia on a surgery arrived at the time he finished it. How cool is that! And five out of his six children were delivered by him, yang the first one tu sebab dia masih a medical student haha. Oh by the way he specialized in Obstectric and Gynaecology.

Dr cerita semua pengalaman dia ke Palestine, Syria, Afghanistan, Indonesia dan banyak lagi untuk misi kemanusiaan. He said kerja kita di Malaysia ni eventhough HO duk mengeluh dengan kesibukan segala, tak dapat nak compare dengan tugas doctors di negara-negara yang berperang. Even in surgery, they need to use hand phone’s light because they have no electrical supply. In front of all the audiences yang banyaknya non malay, I’m extremely astonished. Sebab I do have lots of non muslim friends, but never do I got the chance (or never do I try) to tell them about these matters.

He also stated that he always hold on to this one principle which is a saying from our prophet Muhammad,

The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

He ended his talk with a very huge applause from the hall’s members, he really deserved it.
Okay actually I posted this story not just to share about Dr Zain, but yeah mainly is about him. Overly inspired with him!

Lately, semenjak posting Paediatrics ni, my interest and love in medical field tersangat-sangat lah jatuh mendadak. Sebab lecturers garang sangat kot and takda masa langsung nak rehat huhu T.T Even nak usrah pun kena weekend je sebab almost every night kena pi hospital clerk patient. Memang sangat-sangat rasa nak quit tapi impossible sebab mana ada duit nak bayar balik scholarship lol. Meeting Dr Zain adalah tanda kasih sayang dari Allah yang ingin memujuk agak bertahan dan stay strong 🙂

Now I understand apa kepentingan memiliki kelayakan akademik yang tinggi, jawatan dan social skill. People will have to listen to you, even if they don’t want to agree with it. At least, he had done his Syahadatul Haq to the non muslim, easily you know. These are my motivation to finish my medical school. Two more years biiznillah! Jazakallah khair Dr Zainur rashid, you might not know my name, but I swear that you had changed my life.

only if we can have a dean like him hihi

only if we can have a dean like him hihi

Tangan Allah

23 September 2014

“ Kamu ni ganas sangat la memandu. Duduk lorong kanan sepanjang masa, banyak sangat memotong, bawa melebihi had laju, hampir melanggar lampu isyarat. Banyak sangat kesalahan yang kamu buat. Kamu memang boleh memandu tapi kami taknak lahirkan pemandu yang hanya pandai memecut tapi melanggar peraturan. Takpe dik, cuba lagi ya lain kali “

Runtuh hati aku, mungkin sebab aku dah target tinggi sangat. Aku memang berusaha keras gila untuk dapatkan lessen ni, untuk keperluan da’wah aku, dan aku dah takde masa untuk skip kelas sebab posting paediatric lepasni agak berat (bak kata orang lain). Aku terover confident sikit kot sebab nak lawan nervous aku sebenarnya. Kelakar en, dah 21 tahun baru nak amik lesen, okey fine.

Keluar dari kereta pakcik JPJ tu, ada seorang cikgu ni yang suka buat-buat garang dengan aku selama ni tanya result aku. Then, mula lah drama air mata. Annoying gila weh air mata ni sebab kat situ ramai sangat orang and aku tak mampu nak control langsung.

“ Tak semestinya orang yang gagal tu tak bagus, dan tak semestinya orang yang lulus tu bagus, ingat pesanan saya ni, dah kamu jangan nangis “ Cikgu Tina.

Aku pernah belajar sekali je drive dengan cikgu tu sebab cikgu sebenar aku kena uruskan budak lain and memang garang gila tahap aku jadi senyap sunyi dalam kereta, boleh bayangla kan perasaan takut tu. Tapi haritu dialah yang uruskan aku dari A to Z, dari pujuk, daftarkan next JPJ test guna duit dia dulu, dan hantar aku balik hospital sebab aku ada bedsite dengan Dr Rahman pagi tu. Padahal ramai lagi student betul dia yang perlukan dia haritu.

“ dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan cukup kan keperluannya “ At Talaq : 3

Allah tersangat-sangat mencukupkan keperluanku saat itu. Saat aku terpaling perlukan seseorang untuk aku berpaut, dengan orang yang sangat aku tak sangka. Alhamdulillah, terima kasih Allah, jazakillahukhair Cikgu Tina.

Sepanjang dalam kereta dan tengah-tengah bedsite teaching tu aku menangis weh. Sampai doctor panic.

“why are you crying? ““ohh nothing doctor, something just get into my eyes”. Pandai-pandai ler cover buat senyum.

And boleh kata sampai tengah malam aku masih lagi teresak-esak. Aku tersangat jarang menangis depan orang, even dalam usrah masa semua orang tengah nangis pun, aku tak pandai. Aku pun jadi pelik dengan diri aku. Aku sedih sangat sebab banyak perancangan aku lepas-lepas ni akan tertangguh sikit.

Then aku teringat, anak usrah aku pernah share.

“ Kalau kita benar-benar bergantung dengan tangan Allah, kita akan nampak tangan Allah tu dimana-mana pun “

Tangan tu kadang tidak hadir dalam bentuk kejayaan kan? Ia kadang datang dalam kegagalan yang sarat dengan hikmah. Subhanallah I’m amazed with His work. This really proves to me that I have nothing to decide on my own destiny. He controls everything.

Disebabkan aku dah kehilangan air yang banyak sepanjang hari, lepas maghrib tu aku terus tidur sebab pening kepala. Padahal aku patutnya pergi hospital malam tu nak tengok-tengok case sebab esok aku ada assessment end of surgery posting. Kalau dah tahu case apa yg ada, eventhough ada 60 beds yang kena cover, at least ada idea sikit la nak kena mantapkan system badan apa yang perlu further reading baca malam tu. Contoh la kan, kalau case muntah darah atau najis darah, baca lah pasal digestive system, kalau case breast cancer, refresh balik la cara nak examine semua.

Dan aku tertidur tak sedarkan diri sampai pukul 5 pagi, assessment pukul 9 pagi.

24 September 2014

“You’re the only one in your group that I passed for this assessment. The mark that I gave you is among the best mark I’ve ever give to my students in my life. You’ve impressed me. You’re very good in history taking, examination, great communication skill, well developed rapport with the patient. You have done well in answering all my questions and able to list out good differential diagnosis. I can predict that you’re going to be a very good doctor. Keep sustain these qualities. I almost give you an A mark but I never give A to anyone.”
-Dr Micheal Cheong

Kerna tangan Allah itu ada dimana-mana bagi mereka yang percaya.
Alhamdulillah.

‘Kau’ kena relax!

Kadang, rasa putus asa dengan diri sendiri.

Futur, taubat, futur, taubat, futur, taubat. Pusingan yang tampaknya tidakkan pernah berhenti. Padahal baru beriya-iya menangis memohon ampun dengan Tuhan, nah, tak sampai lima minit kau ulang lupakan Dia.

Kadang, rasa nak cepat-cepat bertemu Tuhan, dalam kata lain, diambil nyawa.

Sebab rasa tak sanggup memberi janji-janji palsu kau pada Tuhan. Sebab kau betul-betul yakin, Tuhan tu sangat gemar mengampun dosa, dan sebab tu lah kau rasa bila jiwa kau fresh lepas bertaubat, kau nak hentikan terus masa kau kat dunia. Padahal, amalan kau tak buatkan kau layak cium bau syurga pun. Layak kena gelak dengan munkar nakir je.

Bila dah futur lama, mula lah rasa sebab bahan tak cukup, sistem takwin lemah, murabbi kurang muayyashah. Sedangkan iman kau sendiri yang kau manjakan, meninggi bila bersemangat je. Kau bermasalah sebenarnya dalam didik iman kau.

Kadang rasa malas sangat nak fikir pasal semua benda ni, sebab cycle ni akan terus berulang, sebab kau kenal sangat diri kau. Bila ruh kau basah, semua benda kau nak capai. Bila qalbu kau tandus, sekering sahara, semua benda kau nak ignore.

Dan, kadang, kau jenuh fikir, kenapa Tuhan masih pilih kau sebagai penggerak dakwah dan tarbiyah di bumi kau sekarang, sedangkan kau sejuta kali tak layak pun. Detik rasa, amal ibadah, kerja kau semuanya macam sangat tak tally dengan laungan kau yang kononnya dakwah dan tarbiyah mengalir bersama nadi dan darah kau.

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Dan orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, niscaya setelah itu Tuhanmu Maha Pengampun, Maha Penyayang. (7:153)

Okey tarik nafas, tenangkan diri. Fikir rasional.

Manusia tu Allah ciptakan punyai dua sisi, baik dan buruknya. Selembut mana pun penampilannya, pasti ada ruang kasarnya. Semanis mana pun senyumnya, pasti ada ruang kelatnya. Sebaik mana pun akhlaknya, pasti ada ruang rapuhnya.

Tiada yang sempurna kecuali para KekasihNya. Kerna Dia tahu andai Dia ciptakan kita-kita ini terlalu sempurna, agaknya akan kembalikah kita padaNya? Akan bergantungkah kita pada kekuasaanNya?

Nah, jadi kau tak perlu frust sangat. Bukan kau sorang. Sahabat, murabbi, muwajjih yang kau tengok hebat-hebat gila tu pun pasti ada saat-saat jatuh mereka. Tapi kebangkitan melawan jatuh tu yang kau kena contohi. Bukan mengadu domba, menyesal tak sudah, menangis lepastu tidur sebab tanak fikir. Ah!

Kau tahu kan, yang Allah tu sangat rindu mendengarkan rintihan hambaNya yang berpanjangan. Dan agak-agak rintihan tu selalu wujud ke waktu kau dalam keadaan gembira bersuka ria dengan nikmat tarbiyah kau ni? Jarang kan? Takyah nak tipu la.

Fitrah kot, yang manusia ni lebih tend untuk merangkak hampiri Tuhan bila saat dah takda apa kat dunia ni yang boleh bantu kau. Kau tak boleh nak kata yang kau ni tahap teruk sangat sampai tak layak bergelar daie bila kau ada fitrah tu. Fikir rasional sikit.

Kau kena faham, yang kau akan terus diuji dengan cycle yang berulang ni sampai ke tahap yang betul-betul dakwah dan tarbiyah tu mengalir dalam darah dan nadi kau, macam para Ikhwan dan yang seangkatan dengannya. Tak salah pun tanam impian tu, walaupun rasa macam kau hipokrit, tapi kalau itu yang membangkitkan kau untuk cabar diri, why not?

Semua ‘kau’ tu adalah aku. Aku, penulis blog ni. Kalau cerita kamu lebih kurang macam aku, high five! Kita share timeline hidup yang sama. Insyaallah kita sama-sama boleh overcome benda ni one day. Seriyes panjang lagi yang aku nak cerita, tapi esok ada bedsite teaching, (dalam ward) so kena prepare knowledge sikit.